Hak mendapatkan kebebasan bersuara dan penyataan pendapat Kebebasan_bersuara

Kebebasan bersuara atau menyatakan pendapat diiktiraf dalam undang-undang hak asasi manusia dunia dan perantauan. Hak ini digariskan dalam Perkara 19 Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivik dan Politik, Perkara 10 Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia, Perkara 13 Konvensyen Amerika mengenai Hak Asasi Manusia dan Perkara 9 Piagam Afrika mengenai Hak Asasi Manusia dan Rakyat.[3]

Kebebasan bersuara boleh dijumpai dalam dokumen-dokumen hak asasi manusia awal, seperti Magna Carta British (1215) dan Perisytiharan Hak-Hak Manusia (1789), dokumen penting Revolusi Perancis.[4] Berdasarkan hujah John Stuart Mill, hak kebebasan bersuara kini difahami sebagai hak yang beraneka muka yang termasuk tidak hanya hak untuk menyata, atau menyebar, maklumat dan idea tetapi tiga aspek lainnya juga:

  • Hak mencari maklumat dan idea;
  • Hak mendapatkan maklumat dan idea;
  • Hak menyebarkan maklumat dan idea.[3]

Piawaian antarabangsa, perantauan dan negara juga mengiktiraf bahawa kebebasan bersuara termasuk sebarang medium, termasuk pertuturan, penulisan, pencetakan, atau melalui Internet dan bentuk kesenian. Ini bermaksud perlindungan kebebasan bersuara sebagai hak tidak termasuk hanya kandungan, tetapi jenis medium penyataan.[3]

Kaitnya dengan hak-hak lain

Hak mendapatkan kebebasan bersuara berkait dengan hak-hak lain, dan boleh dihadkan apabila berkonflik dengan hak lain (lihat Pengehadan kebebasan bersuara). Hak untuk mendapatkan kebebasan bersuara amat penting bagi media massa, yang memainkan peranan penting sebagai pendukung am kebebasan berpendapat bagi semua (lihat kebebasan media).[3]